
بسم الله الرحمن الرحيم
'Kehidupan' ... kehidupan tidak lari daripada pancaroba. Setiap manusia yang bernafas tentu ada matlamat masing2 di atas muka bumi ini. Matlamat yang di kejar mesti terdiri daripada matlamat yang bersifat positif selari dengan kehendak masing2. Namun begitu jalan menuju ke 'destinasi' itu bukanlah mudah seperti indahnya kita mengelamun tentang kejayaan.
Cabaran, dugaan, tomahan, pujian, kemudahan.. semua itu tersimpul di dalam satu jalan, iaitu jalan yang kita hendak tuju....tinggal kita sahaja untuk mengurai segala bentuk negatif yang ada untuk ke hujung sana. Langit tidak selalu cerah, dalam kita bergembira pasti ada dukanya...bersederhana itu adalah cara terbaik seperti cara junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Kesabaran adalah kekuatan kita sebagai seorang manusia. berfikiran rasional pula adalah cara manusia dan iman sebagai benteng kita. hikmah tidak akan lari daripada sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah utk umatnya yang tercinta..." Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan dia mampu" ......Percayalah tentang adanya pertolongan Allah. Dia maha adil lagi maha bijaksana..
sebenarnya kesungguhan itu mengatasi kebijaksanaan.. in syaa Allah ini teladan bagi saya juga yang benama insan. lemah. cuai. dll sifat yg lemah... segala yang baik hanya dtg daripada Allah S.W.T :)
No comments:
Post a Comment