Make it real!don't loss your time~


Get your own Digital Clock

Total Pageviews

Thursday, April 5, 2012

i dont want to miss every single thing with you:))

Tahun demi tahun, bulan berganti bulan, hari silih berganti hari, waktu memakan waktu. Semuanya berlalu dengan deras meninggalkan sejuta kenangan... Haha, tersiar dalam benak fikiran aku tentang cerita masa lalu yang penuh suka dan duka, tangis dan ketawa. Zaman persekolahan di SMT Jasin tersimpan 1 dalam 1000 kenangan yang tak mungkin mudah untuk dilupakan. 

Tingkatan 4 di sekolah teknik, aku mcm tak yakin pada diri aku yang aku dapat 'survive' atau tidak di sekolah ni. Tp aku tetap melangkah kehadapan demi satu tujuan iaitu, belajar dan timba pengalaman di negeri orang. Bak kata pepatah arab, 'menuntut ilmu biar sampai ke negeri cina'.... Tak dapat kat cina, kat jasin pon boleh la... Banyak mehnah dan ragam sepanjang aku bergelar pelajar disana sehingga kadang kadang air mata aku hampir mengalir ke pipi bila aku kenangkan kembali peristiwa lepas...haha..sungguh menakjubkan.

Di tingkatan 5 lagi la seronok dan mencabar....... pergaulan semakin bebas dan tidak terbatas di asrama mahupun di sekolah. al maklum la, abang besar. Nak jadi seorang pelajar yang senior di sekolah yang gila ni memang aku tak dapat menafikan ke-susah-an-nya. Aku banyak belajar pada tahap ni tetapi aku baru sedar sekarang...ada kawan yang baik, ada kawan yang menggila....aku tak tahu la kenapa aku tetap pilih kawan yang menggila*.....tu yang aku pelik.. tapi aku mulai sedar sekarang ni..haha(baru nak sedar)....pemilihan calon kawan ada effectnya dalam diri seorang insan bergelar remaja. dapat kawan yang baik,memahami dan tolak ansur untung la kita..tapi kalau sebaliknya...gantung la kita...

Berada di tingkatan 5 ni makin membotakkan kepala aku dengan kerenah budak tingkatan 4 yang menganggap diri mereka itu sebagai 'taiko'-,- haaaaah.susah laaa cam ni....nak beli spender pon guna duit mak..haha...tp ada yang ok tu ok la.... Aku makin hormat kat budak-budak junior yang menghormati aku..tu jer yang aku nak. Hormat...At the end, duduk kat asrama mcm dalam penjara juga...keliling berpagar...tak pergi kemanalah wei gangster korang tu~ kalau gangster sgt, bunuh perdana menteri laa sana..haha..


Aku memang tak sangka yang aku ni dalam senyap-senyap boleh tersangkut dengan mata kail lawa...tak tahu la...sekali pandang terus.............prooooot..Haha...bagi surat la, bagi kata semangat la, duduk kat kursi dia pastu tido.. Haha.memang berdekak...aku ingat tak berespon, nak tarik diri la....Rupa-rupanya malu-malu kucing..huhu. saat paling bahagia aku, bila surat aku terbalas...mcm romeo and juliet!...haaaa..haaaa...haaaa.....memang seronok.......


Jadi betu la orang ckp, zaman persekolahan, zaman yang terindah...... Isi lah zaman persekolahan anda sebaiknya.

Rindu kenangan bersama dengan u time kat sekolah dulu:))



...dan saya rindu gila dengan awak...haa.haa:))

*menggila tu bukan gila atau kurang siuman, cuma terlebih guna steroid(nakal)

No comments:

Post a Comment